Wednesday, May 20, 2009

komputer...oh komputer

Tak sedar rupanya dah sampai ke penghujung bab asas komponen komputer ni. tapi apa apa pun apa yang aku note kan dalam teks aku ni mungkin berubah mengikut kehendak dan teknologi semasa. mengikut pasaran dan kehendak perniagaan. kalau korang nak tanya lebih detail ttg hardware or ada bab bab yang tak paham boleh la email kat aku syaf.dxs@streamyx.com dan insyallah aku akan cuba bantu dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada aku...bukan apa aku dah bosan org kita kena tipu memanjang dek bangsa bangsa lain..dari korang bagi duit tersepak kat bangsa lain baiklah korang sedekahkan ke masjid ke, anak yatim ke..wakaf ke...lebih baik la kan.Dan kat sini jugak aku nak say thanks alot pada kawan kawan yang sealiran dengan aku..group tech yang tak bertauliah...din phim,syafik it muip, deeva telekom, kamal network,dan dikesempatan ni jugak aku nak ucapkan terima kasih setingginya pada Puan Ema http://ima-shhs.blogspot.com/ yang mengajar aku buat blog nih...thanks sebab bukak ati aku utk seme bende bende macam nih err....dakwah!! ok la rasanya dah cukup barang dan item yang penting korang dah kumpulkan. rasanya dah boleh mula la membina pc tu. cuma kat sini ada beberapa bende yang korang kena gunakan utk langkah "setup" window tu...macam kena cari la dvdrw or cdrom...( bende ni dah murah kat pasaran dalam RM100 kebawah ) jadinya bila dah cukup alatan tu..boleh la mulakan dengan format utk masukkan window dalam komputer tu. window ni adalah sistem asas yang perlu ada kiranya macam roh la pada komputer ni. hardware tu kira cam jasad la. Window ni pulak macam macam jenis yang ada..ada win95,win98,winME, win2000(NT) winXP,winVista dan yang terbaru WIN7 ( masih dalam trial hingga bulan 8 tahun 2009 ) tp kat sini win yang ramai orang guna adalah window XP so takyah la dirisaukan pada version lain tu. Anggaplah just info aje. Sure ada yang tanya ngape tak guna winVista kan...Vista ni ok cantik grafiknya dan window command yang ada agak advance...cuma utk menjanakan window Vista ni pc korang tu perlulah power kalau tidak ianya akan jadi lembab dan tak seronok diguna. So till this time aku prefer window XP.

item ke 5


so dah sampai bab ke 5 yang penting dalam membina pc...bende ni adalah power supply. biasanya bende ni power dia adalah 450w, 550w, 800w dan macam macam lagi. kriteria lain adalah jenis power supply ni. ada i-cute,acabel dan cooler master. yang branded ni bagusnya adalah dari segi kawalan kuasa dan ini berguna bila korang ada banyak device yang gunakan power source cth..ada 2 dvdrom, ada 2 harddisk, ada banyak guna usb dan lain lain alatan aksesori. Bukan jenis biasa tu tak elok tapi dari segi ketahanan dan keselamatan barang pc...nasihat aku beli la yang branded skit...sebab sayang beb kalau burn board korang tuh.

Thursday, May 14, 2009

item ke4 penting



ni hdd jenis sata ( kabel kecik yang warna merah tu )



And now dah sampai item ke 4 yang agak penting dan perlu dipertimbangkan dalam membina pc yang menjadi idaman. Bende tu tak lain dan tak bukan adalah hard disk atau tempat untuk korang simpan data tu. Mengikut edaran masa hard disk ni terbahagi kepada 2 iaitu hard disk ide ( yang guna kabel besar = lebar dlm 3 1/2 inci ) dan sata ( yang guna kabel kecik = lebar dlm 1/2 inci ). Manakala saiz simpanan yang mudah terdapat dipasaran sekarang adalah dalam kiraan gigabyte atau gb. paling kecik sekarang ni 80gb, 160gb, 230gb,250gb,320gb,500gb dan 1 terrabyte ( 1000gb)


Dan tentulah sata ni adalah teknologi baru dan perfomance juga lebih baik dari ide dari segi membaca data dan menyimpan data. walaubagaimanapun utk menggunakan hard disk sata ni ianya ju
ga bergantung port sata pada board yang dibeli. Dan hard disk ni pulak ada macam macam brand western digital, maxtor, seagate dan macam macam lagi. so pilihlah yang terbaik bagi aku adalah seagate atau western digital.


( ni hdd jenis ide - kabel besar )


Tuesday, May 12, 2009

item ke3 penting



so dah sampai bab ketiga yang penting dalam membina pc. dan item yang penting itu adalah RAM. bende ni gunanya sebagai menyimpan data sementara sebelum di save dalam harddisk. errr....kalau kete tu kira macam karburator la. semakin besar ram yang korang guna ( contoh 2g, 4g, 6g ) maka akan makin lajula komputer korang tu proses data. walaubagaimanapun semuanya juga berkait rapat dengan board yang korang guna. ada jenis board yang guna ddr1, ddr2 dan yang terkini ddr3. biasanya berapa banyak ram yang boleh disumbat dalam pc ni bergantung pada slot ram yang ada pada board tu. ( selalunya satu slot ram boleh support 2gb ram) dan detail skit pasal ram ni..ram ada macam macam jenis. aku pernah cuba edo ( utk pc lama, bentuk dia macam body builder dan max speed hanya 64 ) then aku guna sdram ( selalunya cpu pentium 3 - max speed 1g dan ada 2 longkang ) then utk pentium 4 biasanya guna ddr1, lepas tu bila start guna duo core or core 2 duo aku gunakan ddr2 ( satu longkang ) kat sini aku nak cerita detail skit pasal ddr2 ( sebab barang ni banyak org guna skang ) ddr2 ni ada banyak jenis plak ddr2 667, ddr2 800 sebenarnya saiz dan bentuk sama cuma harga yang berbeza dan tentulah yang mahal ddr2800 tu more powerful. opss terlupa lak aku nak bagi cadangan skit....pasal brand ram ni banyak jenis..ada amr, strawberry,twinmos, kingmax tapi dalam seumur idup aku ada satu jenis ram yang aku pakai dan akan terus pakai ram tu sebab dia stabil dan jarang jarang meragam..tak lain dan tak bukan KINGSTON.